Monday, July 4, 2011

SYARAT -SYARAT TAUBAT:

Para ulamak telah menggariskan beberapa syarat taubat yang harus dipatuhi dan tiada suatu taubat dianggap sempurna kecuali dengan tiga perkara berikut:

1.  Menyesali diri segala dosa yang dilakukan.

2.  Mensucikan diri dari dosa yang tersebut iaitu berhenti melakukan dosa atau kejahatan yang dilakukan

3.   Berazam tidak akan melakukan dosa lagi sehingga ke akhir hayat.

Ketiga-tiga syarat tersebut di atas pasti mengiringi taubat daripada dosa hamba dengan tuhannya seperti meninggalkan sembahyang, meninggalkan puasa, minum arak dan sebagainya. Jika kesalahan yang melibatkan manusia maka ditambah dengan satu syarat lagi iaitu ia menyelesaikan masalah tersebut dengan orang yang tersebut sama ada memohon maaf dengannya atau memberi kembali haknya.

No comments:

Post a Comment