Sesungguhnya apabila seseorang itu menyedari betapa lemahnya hendak mendirikan ibadah dengan cara yang paling sempurna ,sehingga tidak terdaya untuk memenuhi masa sepanjang solat itu dengan betul-betul mengingati Allah ,maka wajarlah ia merasa malu terhadap Allah s.w.t.
Mengapa seseorang itu harus merasa malu? Betapa tidak, jika dilihat dari persediaan yang dibuat ketika hendak mendirikan solat dimulai dengan mengambil wuduk diikuti pula dengan persiapan pakaian yang baik dan bersih. Malangnya lebih banyak masa digunakan untuk persiapan daripada masa mengingati Allah.Disebabkan lali menyebabkan amat sedikit masa yang digunakan bagi mengingati Allah s.w.t di dalam solat.
Oleh itum wajarlah seseorang itu merasa malu terhadap Allah sebaik saja ia selesai menunaikan solat, Kerana mendirikan solat adalah untuk mengingatiNya semata mata,sedangkan ketika solat jika masa yang digunakan itu kira kira 10 minit, sayangnya hanya 1 ,2 minit saja yang ia ingat kepada Allah, selebihnya ingatan melayang mengikut kemahuan hati,khayal dan lalai.Kesibukan ibadah solat yang hanya bersifat fizikal tidak memberi apa apa erti disisi Allah s.w.t.Yang dikehendaki dengan ibadah solat itu selain dari kesempurnaan syariat yang lahir ialah sejauhmana ingatan seseorang itu terhadap Allah , kerana tujuan solat itu ialah untuk mengingati Allah.
No comments:
Post a Comment