Sunday, June 26, 2011

MUHASABAH DIRI

1. Adakah anda bersolat jemaah setiap hari?
2. Adakah anda melakukan perkara-perkara sunat dan solat rawatib?
3. Adakah anda melakukan solat dhuha dan solat witir?
4. Adakah anda tertinggal takbiratul ihram pertama semasa berjemaah?
5. Adakah anda membaca Al Quran hari ini?
6. Adakah anda membaca doa-doa ma''thur(doa-doa dari amalan nabi2)?
7. Adakah anda selawat ke atas Rasul hari ini?
8. Adakah anda berdakwah untuk orang lain?
9. Adakah anda menziarahi saudara lain kerana Allah?
10. Adakah anda menyeru orang kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran?
11. Sejauh mana anda merasakan ketaqwaan kepada Allah?
12. Adakah anda membaca buku-buku Islam?
13. Adakah anda merasakan kewajipan anda lebih banyak dari masa yang ada?
14. Adakah anda telah mengambil ikhtibar dari pengalaman sepanjang hari?
15. Adakah anda bergaul dengan orang yang soleh di dalam mengingati Allah?
16. Adakah anda menitis air mata di dalam mengingati Allah ketika sunyi?
17. Adakah anda bercita cita untuk berjihad dan mati pada jalan Allah?
18. Adakah anda merikirkan tentang hari Akhirat?dimanakah kedudukan anda syurga atau neraka?
19. Adakah anda berfikir tentang maut walau sesaat sekalipun?
20. Adakah anda memungkiri janji?
21. Adakah anda berbohong?
22. Adakah anda mempersendakan Allah?
23. Adakah anda terjerumus ke dalam maksiat?
24. Adakah anda terfikir untuk melakukan maksiat?
25. Adakah nanda menzalimi orang laijn?
26. Adakah anda menceroboh hak orang lain?
27. Adakah anda mengumpat orang lain?
28. Adakah anda membantu orang lain kerana Allah?
29. Adakah anda memaafkan orang lain di atas kesalahan mereka?
30. Adakah anda dapat menahan marah dan sabar di dalam menghadapi kesulitan serta merasa penuh harap terhadap Allah?
31. Adakah anda beristigfar sekurang kurangnya 70 x ?
32. Adakah anda mersa riak dan takbur di dalam melakukan sesuatu?
33. Adakah anda telah menjaga mata, tangan,telinga,kaki, mulut,dan anggota lain dari melakukan maksiat?
34. Adakah anda mengabaikan kewajipan menepati masa terutamanya di dalam urusan solat fardhu?
35. Adakah anda berwudhu sebelum tidur?
36. Adakah anda telah mengamalkan doa doa harian semasa memakai pakaian, makan,manaiki kenderaan,dan lain lain lagi?
37. Adakah anda telah berniat untuk bersolat tahajjud pada malam ini?
38. Adakah anda ingin memperbaiki keadaan diri anda untuk hari esok dengan lebih baik lagi

"sudah cukup di hari itu untuk anda memperhitungkan diri''
(Al-Isra':14)
(pusat pengajian sains perubatan USM)

No comments:

Post a Comment