Sunday, June 26, 2011

DIALOG ANTARA NABI MUSA DAN IBLIS LAKNATULLAH

Suatu hari ketika Nabi Musa a.s sedang berada dimajlisnya,tiba2 datang iblis dengan memakai baju yang dilabuhkan pada kepalanya. Apabila dekat dengan Nabi Musa a.s ia menanggalkan pakaiannya itu.maka terjadilah tanya jawab antara Nabi Musa a.s dengan iblis itu.

iblis :    Ássalamu'alaika, wahai Musa'
Nabi Musa :     'siapa kamu?'
iblis:     saya iblis''
Nabi Musa:    Állah s.w.t  tidak menghormat engkau.untuk apa engkau datang?'
iblis:   áku datang untuk mengucapkan salam kepada mu di atas ketinggian tempat dan kedudukanmu disisi Allah s.w.t'
Nabi Musa :    'bilakah seseorang itu melakukan sesuatu dengan engkau dapat menghalanginya''
iblis:   ápabila seseorang itu merasa taajub terhadap dirinya dan ia berlaku sombong maka lupalah ia akan dosanya'.
seterusnya iblis tersebut memberikan 3 peringatan kepada Nabi Musa a.s  ;-

-janganlah sesekali engkau berkhalwat dengan perempuan yang tidak halal bagimu. kerana tidak berduaan  seorang lelaki dengan perempuan yang tidak halal baginya melainkan aku menemaninya(pihak ke 3) tanpa teman temanku yang lain sehingga aku membuat fitnah terhadap keduanya.

-janganlah engkau berjanji (bernazar)kepada Allah s.w.t melainkan engkau memenuhinya. kerana tidak berjanji seseorang kepada Allah melainkan aku menemaninya tanpa teman temanku yang lain, maka akulah yang menjadi dinding penghalang antara orang itu dengan janjinya sehingga janji itu tidak dapat ditunaikan.

- janganlah sekali sekali engkau mengeluarkan sedekah melainkan apa yang engkau sayangi(barang yng baik2)kerana sesungguhnya tiadalah seorang itu mengeluarkan sedekah sedangkan dia menyanyanginya melainkan aku sendirilah tanpa teman temanku yang membuat tidak terlaksana nya
sedekah itu.
selepas berkata demikian , iblis itu berpaling dan sebelum pergi ia berkata :'celaka/celaka/celaka    , Musa telah pun mengetahui apa yang harus berwaspada terhadap anak keturunan Adam'.

              Al Qurasyi berkata: 'aku mendengar sesungguhnya syaitan berkata kepada orang perempuam:'engkau adalah separuh daripada tenteraku.'   'engkau anak panahku yang kugunakan untuk memanah (manusia). aku tidak salah menjadikan engkau untuk mengetahui segala rahsia dan engkaulah utusan untuk menyampaikan hajatku'.





     

No comments:

Post a Comment