Thursday, June 30, 2011


Tutorial Lajukan Loading Facebook





Kalau anda perasan laman facebook agak lambat loading sejak kebelakangan ini. Hendak buka profile pun lambat apatah lagi hendak upload gambar atau video. Sebenarnya ini disebabkan oleh gempa bumi yang melanda Jepun yang menyebabkan ganguan kabel internet.





Tutorial atasi masalah facebook ini seperti di bawah.


1. Buka C:\WINDOWS\system32\drivers\etc ataupun anda copy sahaja alamat ini dan paste di ruangan address mana² folder yang anda buka.


2. Right click pada file yang bernama HOSTS, kemudian pilih 'open with'

3. Dari paparan yang muncul, pilih notepad dan klik ok

4. Paparan seperti di bawah akan muncul.


Copy dan paste kod di bawah ke dalam notepad

::1 localhost
203.106.85.66 www.facebook.com
203.106.85.66 facebook.com

contoh:


5. Kemudian klik sahaja 'x' yang berada di penjuru kanan notepad, dan apabila paparan 'do you want to save the changes'. klik sahaja yes.


6. Selesai dan cuba buka kembali facebook anda.:)
 <blink> eRawatan Islam: Fadhilat Surah Al Fatihah</blink>
Untuk Penyembuhan Segala Penyakit - Ambil sebaldi air lalu dibacakan surah ini kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuhlah kedua tangan, kedua kaki, muka,kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air itu. Insya Allah dengan ikhtiar ini, penyakit yang dialami akan sembuh. Lakukanlah berkali-kali.
ePetua: Khasiat Air Liur Basi
Berdasarkan pengalaman banyak binatang yang mempunyai masalah sakit kulit, umpamanya kucing berkurap yang tidak tahu pergi ke hospital, kucing akan menjilat badan mereka dengan lidah untuk mengurangkan kesakitan akibat masalah kulit yang dihadapinya. Oleh itu, jika anda adak penyakit kudis, anda boleh sapukan air liur basi sesudah bangun dari tidur waktu pagi. Amalkannya.

Wednesday, June 29, 2011

Fakta Mengenai Komputer, Internet Dan Virus

oleh Download Movie For Free pada pada 29hb Jun 2011 pukul 12.15 pagi
Carian Yang Merbahaya

Dangerous Searches terjadi apabila enjin carian Google menyenaraikan hasil carian pengguna yang dipaut terus ke laman-laman web penceroboh atau laman web yang mengandungi malware dan virus.

Di antara kata kunci yang perlu dielakkan adalah:

victoria’s secret (menyebabkan jangkitan trojan fake codec), pokemon ruby gamesharks, blue book (menyebabkan jangkitan mdac exploit), bulletin boards dari norwich, muzik! (serangan webattacker 2 atau mpack), IBM stock, pallet fire, Nigerian economic and financial crimes, who’s a rat, atlas mountains country, rotweiller rescue, North Padre Island (serangan WebAttacker 2 or Mpack), arches national park (serangan WebAttacker 2 or MPack), canyonlands national park, the mass lottery, air disasters in Florida,
cd key windows xp profesional dan batmobile for sale.


Google + Yahoo

Google terhasil dari perkataan Googol. Ia diilhamkan oleh Larry Page, inventor dan pengasas bersama Google Inc.

1 Googol bersamaan dengan digit 10 dikuasakan 100. Menurut kamus berbahasa Inggeris ia disebut ten duotrigintillion atau ten thousand sexdecillion.

Yahoo merupakan singkatan nama bagi “Yet Another Hierarchical Object Organizer”. Perkataan ini digunakan oleh pengasasnya Jerry Yang dan David Filo untuk menggambarkan diri mereka yang periang.


Enjin Pencari

Enjin pencari internet atau internet search engine pertama di dunia telah dicipta oleh Alan Emtage, seorang pelajar di University McGill, Montreal, Kanada pada tahun 1990.

Enjin pencari internet ini dinamakan Archie. Fungsi asalnya adalah sebagai direktori elektronik yang mencari senarai index daripada komputer-komputer pelayan FTP di seluruh dunia. Seterusnya, ia membenarkan para pengguna mengambil maklumat dari komputer-komputer pelayan FTP tersebut.

Sehingga kini terdapat pelbagai versi enjin pencari dengan fungsi-fungsi tambahan dipertingkatkan seperti carian dalam bahasa berlainan, penggunaan mesin kira, carian kata kunci dan sebagainya.

Di antara enjin pencari internet yang popular adalah Google dan Yahoo.


Pelayar Web

Tim Berners-Lee adalah inventor kepada pelayar web atau web browser yang pertama di dunia.

Pelayar web ini direkacipta semasa beliau bertugas sebagai saintis di CERN (European Organization for Nuclear Research) pada tahun 1991. Berners-Lee menamakannya sebagai WorldWideWeb.

Pelayar web WorldWideWeb ini dibina pada komputer teknologi tinggi NeXTcube menggunakan hypertext antaramuka pengguna yang berkonsepkan WYSIWYG (What You See Is What You Get) dan HTML.

Pada tahun 1992, Pei-Yuan Wei - pelajar di Universiti California, Berkeley telah membangunkan pelayar web ViolaWWW. Pelayar web ini pula menggunakan konsep hypercard iaitu gabungan aplikasi pangkalan data dan grafik.

Teknologi pelayar web terus berkembang dan menghasilkan beberapa pelayar yang popular seperti Mosaic, Netscape Navigator dan Communicator, Internet Explorer, Opera dan Mozilla.


Perisian Antivirus

Perisian antivirus yang pertama di dunia dihasilkan pada tahun 1988. Iaitu 2 tahun selepas penemuan virus Brain.

Penemuan ini berlaku secara tidak sengaja apabila Denny Yanuar Ramdhani dari Indonesia menghasilkan virus Den Zuk. Virus Den Zuk didapati telah meneutralkan virus Brain yang menjangkiti sekeping disket.

Pada tahun yang sama, Peter Tippett - seorang doktor perubatan yang menjalankan bisnes software housenya sendiri telah mengambil idea dari penemuan virus Lehigh untuk membangunkan sebuah aturcara pengimbas yang berupaya menjejaki virus dan memadamkannya.

Menjelang tahun 1990, 4 buah syarikat iaitu IBM, McAfee, Digital Dispatch dan Iris telah memperkenalkan produk perisian antivirus untuk pasaran umum.


Virus Komputer

Pada tahun 1986, virus komputer yang pertama di dunia telah ditemui. Virus ini dikenali sebagai Brain.

Virus Brain ditulis oleh 2 orang adik-beradik, Basit dan Amjad Farooq Alvi yang berasal dari Pakistan. Pada mulanya program ini ditulis untuk melindungi hakcipta perisian perubatan yang mereka bangunkan dari dicerobohi oleh pihak lain.

Ia bertukar menjadi virus sektor boot yang hanya menjangkiti disket. Virus ini berfungsi dengan menggunakan kaedah penyamaran. Ia menempatkan dirinya di dalam segenap ruang kosong pada disket menyebabkan disket tersebut tidak boleh digunakan lagi.


Sistem Pengoperasian

Sistem pengoperasian sering dikaitkan dengan Microsoft. Selain Microsoft versi Windows, terdapat 6 kategori bagi sistem pengoperasian iaitu:

1. Unix/BSD (cth: Solaris/FreeBSD).

2. GNU/Linux (cth: RedHat/Ubuntu).

3. MacOS (cth: MacOs Classic/MacOS X).

4. DOS (cth: FreeDOS/QDOS).

5. Embedded/Realtime (cth: MINIX).

6. Experimental (cth: Amoeba).


Telur Easter

Telur Easter atau easter egg adalah mesej, grafik, kesan bunyi atau sebarang bentuk kelainan yang disembunyikan di dalam perisian. Produk-produk perisian milik Microsoft umpamanya, mempunyai beberapa ‘telur easter” yang tersembunyi. Antara yang popular adalah :

1. Skrin kredit untuk para pembangun Internet Explorer 7.0
2. Pemburu Dev dalam MS Excel 2000


Kod Nama Windows

Sebelum dilancarkan kepada umum , sistem pengoperasian Windows tidak dinamakan sepertimana sekarang. Sistem pengoperasian Windows menggunakan kod nama sebagai pengenalan. Berikut adalah kod nama bagi Windows.

1. Longhorn - Windows Vista

2. Whistler - Windows XP

3. Cairo - Windows 2000

4. Georgia - Windows ME

5. Memphis - Windows 98

6. Chicago - Windows 95

7. Janus - Windows 3.1


Pepijat Komputer

Sejarah pepijat komputer bermula pada tahun 1945.

Pada suatu malam, Kapten Grace Murray Hopper - pegawai wanita dalam Armada Laut, Amerika Syarikat sedang bertugas dengan rakannya di makmal komputer Universiti Harvard. Semasa mengendalikan komputer kerangka utama Mark II, tiba-tiba komputer tersebut gagal berfungsi. Dengan bantuan beberapa orang pengendali data komputer, mereka telah membuat pemeriksaan untuk mengenalpasti puncanya. Grace terpandang seekor rama-rama melekat pada sekeping penyiar kalkulator bernombor 70 dalam panel F.

Grace melekatkan rama-rama tersebut pada buku lognya dan mencatatkan mesej “kes pertama pepijat komputer telah dijumpai”. Buku log ini disimpan di Naval Surface Warfare Center Computer Museum, Virginia untuk tatapan umum.

Tuesday, June 28, 2011

PAHALA SUNAT

Daripada Ali b Abu Talib Rasulullah bersabda:

Siapa keluar menuntut ilmu maka dikira perjalanannya itu pada jalan Allah hingga ia pulang.

                                                                                                                                  (HR Tarmizi)


Daripada Abu Dardak aku dengar Rasulullah berkata:

''Siapa keluar mencari ilmu kerana Allah, Allah buka baginya pintu syurga, malaikat melinkunginya dengan sayapnya dan berdoa baginya oleh malaikat di langit dan ikan di lautan, dan bagi orang yang berilmu itu kelebihan daripada hamba beribadat seperti bulan purnama dengan bintang yang kecil di permukaan langit,ahli ilmu itu,pewaris nabi-nabi , sesungguhnya nabi-nabi itu tidak meninggalkan wang ringgit,tetapi mereka itu meninggalkan ilmu,siapa yang mengambil ilmu bererti ia mengambil pusaka nabi-nabi, mati seorang ahli ilmu suatu musibah(bencana) yang tidak dapat diganti,ia umpama satu bintang yang gugur,matisatu puak(qabilah)lebih mudah dari mati seorang ahli ilmu''.
ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Petua Untuk Menuju Kesempurnaan Iman
1. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
2. Sabar apabila mendapat kesulitan;
3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
Petua Merawat Kencing Batu
Cari teras dari 6 tongkol jagung, kemudian rebus dan masak dengan menggunakan 5 gelas air. Seterusnya, minum 3 kali sehari. Setiap kali minum adalah sebanyak 3/4 gelas.