Kewajipan mencegah kemungkaran
daripada Abu Said al Khudri radiyallahuan telah berkata:saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
barang siapa diantara kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia merubah atau mencegah dengan tangan.jika ia tidak berkuasa maka hendaklah merubah dengan lidahnya(memberi nasihat),jika tidak berkuasa maka hendaklah dengan hatinya(tidak redha dengan perbuatan itu )dan itulah tandanya iman yang lemah
riwayat muslim
keterangan
mencegah perbuatan mungkar dan maksiat adalah satu tugas yang suci yang tidak harus ditinggalkan oleh setiap individu muslim yang beriman pada Allah dan hari akhirat.selain dari dapat menyelamatkan seorang saudara muslim itu dari dosa ianya meninggalkan kesan yang mendalam dari segi hubungan tali silaturrahim sesama kita umat islam.
hadis di atas ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w tentang peringkat peringkat seorang di dalam melakukan amar maaruf nahi mungkar.
pertama
bagi sesiapa yang berkuasa yakni memiliki iman yang kental dan berupaya melakukan sesuatu di dalam perkara perkara yang berhubung dengan Allah taala,mempunyai pendirian yang teguh dan sanggup menerima apa jua ujian dari tuhannya. hendaklah mengubah sesuatu kemungkaran yang sedang berlaku di depanya dengan tangan atau dengan kekuatan yang dimilikinya. dimaksudkan dengan tangan atau kekuatan disini tidak hingga sampai membawa kepada pertumpahan darah atau boleh meninbulkan kekacauan yang lebih dasyat dari perkara yang mungkar itu sendiri.
dimaksudkan dengan berkuasa oleh setengah riwayat ialah pihak yang diberi amanah memimpin dan memerintah sesuatu keluarga, masyarakat,daerah atau negara.
kedua
bagi mereka yang tidak mampu untuk merubah sesuatu kemungkaran itu dengan kekuatannya hendaklah diubah dengan lidah atau perkataan yakni memberi nasihat dengan penuh hikmah agar ianya meninggalkan kesan yang baik kepada mereka yang melakukan kemungkaran itu.dan cara yang kedua ini bolehlah dikategorikan di dalam peringkat iman yang sederhana.
ketiga
sekiranya masih tidak berupaya atau sanggup untuk melakukan perkara perkara di atas maka hendaklah benci dan tidak redha dengan perbuatan mungkar yang dilakukan itu. maka disifatkan oleh Rasulullah s.a.w bahawa golongan ini merupakan golongan yang dikategorikan sebagai golongan yang mempunyai iman yang lemah.
setengah ulamak meriwayatkan bahawa sekiranya tidak wujud perasaan benci atau tidak senang dengan perkara perkara mungkar di dalam diri seseorang itu bermakna tidak wujud iman di dalam dirinya yakni golongan yang tidak mempunyai iman walau sedikitpun.
No comments:
Post a Comment